MAJLIS BELIA MALAYSIA

RuM Salur Bantuan kepada Masyarakat Negeri Pahang

JERANTUT 3 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama rakan strategik telah mengadakan Mobilisasi Bantuan Relawan Untuk Malaysia (RuM) di Negeri Pahang.

Hadir melancarkan sesi penyerahan sumbangan, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Turut serta dalam sesi penyerahan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Pahang dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.

Sumbangan kotak makanan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan terutamanya masyarakat India yang menyambut perayaan Deepavali.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »