MAJLIS BELIA MALAYSIA

RTD Menteri Belia dan Sukan Bersama Pemimpin Belia Pelbagai Agama Bagi Menangani Masalah Sosial Belia

PUTRAJAYA 29 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang ke sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) bersama pemimpin belia pelbagai agama bagi menangani masalah sosial belia yang dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan di Menara KBS di sini.

RTD ini menghimpunkan lebih 40 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), institusi agama dan pemimpin agama serta belia dari pelbagai latar belakang untuk membina jaringan kerjasama dalam menangani masalah sosial melibatkan golongan belia.

MBM yang diwakili oleh Naib Presidennya, Sdr. Aluyis Lim Soon Pin dan Puan Asya Rahman turut melontarkan idea dan pandangan dalam sesi perkongsian.

Hadir sama Exco MBM, Sdr. Eow Shiang Yen; Sdr. Ralph Gan Jia Kang; Sdr. Sivanesan Tamil Selvan dan beberapa pimpinan dari gabungan MBM.

Perbincangan membuka ruang kepada perkongsian dan pandangan melibatkan semua wakil dalam menyokong usaha pembangunan belia oleh KBS.

Kredit gambar : JBSNegara

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »