MAJLIS BELIA MALAYSIA

Robot, Mahasiswa dan Aksi – Robomaster MBM Cup 2025 Tutup Tirai

BANGI 7 Dis – “Bengkel robotik bukan sekadar belajar memasang komponen — tetapi membuka minda generasi muda mengatur sistem, berfikir kritis dan menguasai teknik penyelesaian masalah seperti seorang inovator masa depan.”

Demikian ucapan Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM semasa menutup tirai penganjuran 5 siri Robomaster MBM Cup 2025 menutup dengan penuh meriah di Dewan Gemilang, UKM Bangi.

Beliau juga menitipkan pesanan kepada adik-adik di institusi pengajian tinggi supaya mendekati dan melibatkan diri dengan persatuan belia memandangkan pelaksanaan had umur belia di bawah 30 tahun pada tahun hadapan.

“Program ini dibawakan oleh MBM dan Rakan Muda sampai kepada anda semua, inilah platform terbaik untuk kami (MBM) mendekati adik-adik di sini. Mungkin selepas ini adik-adik berada dalam kepimpinan MBM dan boleh membawa pelbagai inisiatif kepada rakan-rakan anda di institusi pengajian tinggi”, tambah Eow.

Anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kementerian Belia dan Sukan melalui Rakan Muda serta Jazro Robotic Academy, program dua hari ini menghimpunkan 100 mahasiswa tahun satu dan dua dari sembilan universiti awam dan swasta – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI), Universiti Malaya (UM) dan German-Malaysian Institute (GMI).

Program ini memperkasa minat belia dalam dunia STEM dengan pendedahan hands-on yang penuh aksi antaranya; Pengenalan komponen & fungsi robot; Pembinaan dan pemasangan robot secara berkumpulan; Latihan pengaturcaraan menggunakan Arduino IDE; Pertandingan ‘Coding Mission’ dan ‘Robo-Battle Demo’ & ‘Robosoccer’.

Turut hadir Prof. Dr. Shahrul Azman Mohd Noah, Dekan FTSM UKM, Sdr. Taqif Aiman, Penolong Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Langat dan Encik Zulfarqeish, Ketua Pegawai Eksekutif Jazro Academy.

Robomaster MBM Cup 2025 — generasi muda, teknologi, dan inovasi bertemu di pentas yang sama.

Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »