MAJLIS BELIA MALAYSIA

RoboMaster MBM Cup 2025 Siri 2: Gelombang Inovasi Belia Terus Berkembang di Melaka

Siri kedua RoboMaster MBM Cup 2025 diteruskan di SMK Kampung Gelam, Melaka Tengah dengan penyertaan seramai 50 pelajar dari 5 sekolah sekitar Bukit Rambai!

Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta berpeluang menyiapkan, mengatur cara, dan menguji robot ciptaan mereka sendiri — bermula daripada asas robotik dan pengaturcaraan menggunakan Arduino IDE, sehinggalah ke aksi sengit Robo-Battle dan RoboSoccer! ⚙️🤖

Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jazro Robotic Academy ini membuka ruang kepada golongan belia untuk meneroka bidang STEM, memupuk kreativiti, serta bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. 🚀

MBM turut berkongsi mengenai perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan bagaimana belia boleh memanfaatkan teknologi ini dalam kehidupan seharian serta bidang kerjaya masa depan.

Turut diadakan sesi perkongsian daripada Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang selepas tamat persekolahan, khususnya dalam penyertaan pertubuhan belia dan bidang TVET.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »