SEMPENA SAMBUTAN HARI KESUKARELAWAN BELIA MALAYSIA
MEMAHAMI BAHAWA MATLAMAT AKHIR YANG INGIN DICAPAI OLEH PERSIDANGAN SUKARELAWAN BELIA SISWA KEBANGSAAN 2024 BERTEMPAT DI PAYA INDAH WETLAND, DENGKIL PADA TARIKH 7 DISEMBER 2024 (SABTU), ADALAH UNTUK MEMPERKASAKAN BELIA DAN MAHASISWA MELALUI PELBAGAI AKTIVITI DAN LATIHAN YANG MEMBANTU MENINGKATKAN KESEDARAN, KEMAHIRAN DAN JARINGAN SUKARELAWAN SERTA MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN KOMUNITI SECARA BERKESAN.
PERSIDANGAN SUKARELAWAN BELIA SISWA KEBANGSAAN 2024 TURUT MENYEDARI BAHAWA PERLUNYA PENGGUBALAN DASAR SUKARELAWAN KEBANGSAAN UNTUK BELIA. MELALUI PEMBENTUKAN DASAR INI, PERLUNYA DIWUJUDKAN PUSAT SEHENTI (ONE STOP CENTRE) BAGI MEMUDAHKAN PROSES KOORDINASI SUKARELAWAN, PEMBANGUNAN PLATFORM DIGITAL UNTUK SUKARELAWAN BELIA DAN SISWA, JAMINAN KESELAMATAN KEPADA SUKARELAWAN DAN MEMPERKASA SUKARELAWAN SISWA DALAM GOLONGAN BELIA.
PERSIDANGAN SUKARELAWAN BELIA SISWA KEBANGSAAN 2024 TURUT MENGAMBIL KETETAPAN AGAR DIADAKAN PERSIDANGAN INI SECARA TAHUNAN DAN MELIBATKAN PENGLIBATAN BELIA DAN MAHASISWA DALAM MENGANGKAT TINGGI NILAI KEILMUAN SERTA SUARA PARA SUKARELAWAN BELIA SISWA MALAYSIA.
OLEH ITU, KAMI BERSEPAKAT UNTUK MENCADANGKAN RESOLUSI INI DIBAWA KEPADA PIHAK MAJLIS BELIA MALAYSIA.
DEWAN TEMPUA
PAYA INDAN WETLAND, DENGKIL SELANGOR
BERTARIKH : 7 DISEMBER 2024