MAJLIS BELIA MALAYSIA

Research on Financial Issues Faced by Youth

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri sesi Round Table Discussion (RTD) :  Penyelidikan Isu Kewangan yang Dihadapi oleh Belia anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bertempat di Pejabat AKPK Jalan Raja Laut.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Jamali Samsuddin, Pengurus Penyelidikan Jabatan Penyelidikan AKPK.

Dalam perbincangan ini, MBM telah mengutarakan beberapa pandangan dan idea berhubung megatrends utama membentuk landskap kewangan belia malaysia antaranya berkaitan keadaan ekonomi; teknologi; demografi; iklim dan persekitaran.

Dapatan dari RTD ini nanti membantu pihak AKPK mengenal pasti topik yang berpotensi untuk dimasukkan dalam kajian mengenai isu kewangan yang dihadapi oleh belia Malaysia yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

MBM dihadiri oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM; Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »