MAJLIS BELIA MALAYSIA

Reach Out SABERKAS Sarawak Perkukuh Penglibatan Belia di Peringkat Akar Umbi

Kota Samarahan & Lundu | 22–23 November 2025 – Program Reach Out SABERKAS Sarawak telah berjaya dilaksanakan pada 22 dan 23 November 2025 melibatkan dua lokasi utama iaitu Sekolah Kebangsaan Bumiputera, Lundu dan Dewan Masyarakat Kampung Tambirat, Kota Samarahan. Program ini merupakan inisiatif SABERKAS Sarawak bagi memperkukuh penglibatan belia di peringkat akar umbi serta mengeratkan kerjasama strategik bersama Majlis Belia Malaysia (MBM).

Pelaksanaan program pada hari pertama telah berlangsung di Lundu anjuran SABERKAS Sarawak Cawangan Tanjong Datu dan dirasmikan oleh YB Tuan Azizul Annuar bin Pehin Sri Adenan Satem, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu. Program ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan MBM yang diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Naib Presiden MBM, bersama Sdr. Abdul Adzim Adzmi Abdul Rahman dan Sdr. Nor Mohamad Shawaludin Abdul Malik selaku Exco MBM.

Antara pengisian utama program termasuk Sesi Jumpa dan Cerita bersama Ikon Belia, demonstrasi masakan tradisional kuih penyaram, persembahan kebudayaan serta sesi penyerahan kad keahlian baharu SABERKAS kepada ahli terlibat. Pelaksanaan aktiviti ini telah berjaya meningkatkan penyertaan belia setempat di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti.

Program diteruskan pada hari kedua bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat, Kota Samarahan dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Asajaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Presiden SABERKAS. Turut hadir ialah YYB Tuan Haji Safiee Haji Ahmad, Setiausaha Agung SABERKAS, serta barisan kepimpinan MBM.

Pengisian program merangkumi Sesi Jumpa dan Cerita bersama Ikon Belia, persembahan belia setempat serta sesi cabutan bertuah yang telah menyediakan ruang interaksi secara langsung antara kepimpinan belia dan komuniti setempat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »