MAJLIS BELIA MALAYSIA

Reach Out MBD Community Cawangan Kedup

Serian, Sarawak | 13 Oktober – Delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan perjalanan ke Kedup dalam program Reach Out MBD & Community bersama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak SABERKAS Negeri Sarawak dan cawangan Kedup di Ntangan Batan Asal (Rumah Panjang) Kampung Bunan Gega.

Hadir merasmikan program ini, YB Datuk Martin Ben, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N.22 Kedup.

Mengetuai jelajah MBM ,Presidennya ; Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan turut disertai Pengerusi Tetap; Sdr. Fadzli Hasan, Setiausaha Agung; Sdr. Hasnul Haniff Harun, Bendahari Kehormat; Sdr. Izham Ahmad, Exco ; Dr. Fauzi Fadzil, Sdri. Asya Rahman Sdr. Farhan Rosli dan Sdr. Zhariff (YDP ABIM Sarawak)

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran ketua masyarakat, ketua kampung dan ketua kaum serta kepimpinan SABERKAS.

Antara pengisian program yang diadakan ialah perkongsian daripada Cikgu Cristina Patra Anak Nikul, perkongsian oleh Setiausaha Agung MBM berkaitan peluang menyertai bidang TVET, ekspresi Ikonik Komuniti dan pelbagai lagi.

Reach Out Majlis Belia Daerah (MBD) & Community ini menampilkan penglibatan belia dan masyarakat dari seluruh negara, bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelbagai aktiviti dibawah Rakan Muda dalam segmen Rakan Ekspresi.

Penganjuran program ini merupakan sokongan dan kerjasama yang hebat daripada KBSMalaysia, Chery Malaysia dan Projek Belia Mahir.

Terimak kasih idak gak kelou Kedup, sebab sama jegem melou dahen program Reach Out MBD & Komuniti. Gak masa sama jegem melou. Harep mudei lian neh telou bak petemu udei & terimak kasih gak semua.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »