MAJLIS BELIA MALAYSIA

Reach Out MBD & Community bersama anak muda Setiawangsa

KUALA LUMPUR 5 Okt – Lokasi kedua Program Reach Out MBD & Community Zon Tengah berlangsung di Dewan Laman Bestari AU3, Keramat.

Dengan tema seperti majlis perkahwinan, program malam ini dilaksanakan oleh Majlis Belia Kawasan Setiawangsa diselitkan dengan acara kerohanian melalui Malam Belia Cinta Rasul sempena memuliakan hari keputeraan Rasulullah SAW.

Terdahulu acara dimulakan dengan sesi Sembang Orang Muda menampilkan Sdr. Wan Emir Astar yang merupakan anak jati Setiawangsa yang juga Ketua Eksekutif Firma Arkitek (usahawan) dan Sdr. Izzuddin Al Jitrawly seorang pempengaruh, penulis buku Anak Muda Sejarah.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada MBK Setiawangsa yang berjaya melaksanakan program ini dengan tenaga kerja digerakkan sepenuhnya barisan ahli jawatankuasanya.

Perkongsian dari ahli panel bersama peserta-peserta juga bermanfaat mengenai persediaan anak muda (rata-rata pelajar) menuju era teknologi AI dalam masa sama membentuk pembudayaan jati diri bangsa dan kerohanian.

Hadir sama dalam program ini Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Khairul Rizam Abu Samah; Pengerusi MBK Setiawangsa, Sdri. Nur Mazarina Mazlan; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa.

Tahniah MBK Setiawangsa dan semua yang menjayakan program ini!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »