Kluang | 22 September – Program Reach Out Community MBD kini di Kluang, Johor. Program ini telah berlangsung di Port Santaizz, Taman Belian, Kluang, Johor. Jelajah ini diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan dihadiri bersama barisan Ahli Jawatankuasa MBM iaitu Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Sdr. Ibnu Rasyeed, Sdri. Siti Nor Hasyyati Abd Rahman, Sdr. Nor Mohd Syawaludin Abd Malik dan Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi.
Antara pengisian program pada hari ini yang bermula dengan sesi ziarah kasih ke rumah belia yang terjejas sekitar Kluang, sumbangan peralatan sukan dan sesi tayangan perlawanan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) melawan Kelantan Darul Naim (KDN). separuh masa perlawanan telah diadakan sesi perkongsian bersama Sdr. Presiden MBM Dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kluang, Johor.
Reach Out Majlis Belia Daerah (MBD) & Community ini menampilkan penglibatan belia dari seluruh negara, bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelbagai aktiviti dibawah Rakan Muda dalam segmen Rakan Ekspresi. Di samping Medium perkongsian transisi had umur belia kepada belia setempat.
Terima kasih dan tahniah kepada Majlis Belia Negeri Johor di bawah kepimpinan Sdr. Mohd Alif Dato A. Rahim, Presiden MBN Johor dan Sdr. Mohd Mustaqim Hasan, Setiausaha Agung MBN Johor serta Sdr. Khairul bin Jang, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kluang yang berjaya koordinasi dan melaksanakan program ini yang telah mendapat Sambutan hebat dikalangan anak Muda setempat.