Sarawak | 11 Oktober – Usai tiba di Sibu, delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menaiki bot menyelusuri Sungai Rajang ke destinasi utama di daerah Daro bagi Program Reach Out Majlis Belia Daerah & Community bersama cawangan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Daro.
Ketibaan pimpinan MBM disambut oleh YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Daro bersama barisan kepimpinannya.
Daro merupakan kawasan yang terletak di tengah pendalaman negeri Sarawak demgan mempunyai keluasan 1956.27km yang mengambil masa kira -kira 3 jam menaiki kereta termasuk feri atau perjalanan 1 jam 30 minit menaiki bot daripada Terminal Penumpang Sibu.
Antara salah satu objektif MBM bagi program ini adalah bagi mendekati masyarakat khususnya golongan belia di kawasan pendalaman.
Mengetuai delegasi MBM ,Presidennya ; Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan turut disertai Pengerusi Tetap; Sdr. Fadzli Hasan, Setiausaha Agung; Sdr. Hasnul Haniff Harun, Bendahari Kehormat; Sdr. Izham Ahmad, Exco; Dr. Fauzi Fadzil dan Sdri. Asya Rahman.
MBM turut mengadakan lawatan ke perusahaan pembuatan pipus yang merupakan produk tempatan dari masyarakat Daro, minum petang bersama SABERKAS dan menziarahi penduduk rumah panjang yang dinamakan sebagai Rumah Jaluk, Kampung Budok.
Turut diadakan makan malam santai SABERKAS kebangsaan dan cawagan bersama MBM sambil berkongsi pandangan serta perancangan aktiviti khususnya untuk para belia di kawasan pendalaman.