MAJLIS BELIA MALAYSIA

Reach Out Community 2.0, MBM Santuni Belia Akar Umbi

Kota Kinabalu | 17 Ogos 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) semalam telah menyantuni belia setempat di Kampung Warisan melalui Program Reach Out Community 2.0, yang menampilkan tayangan skrin besar perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

MBM diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr. Farhan Rosli dan Ketua Penerangan, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin, yang hadir bagi mewakili Presiden MBM.

Turut sama dan menyambut kehadiran delegasi MBM ialah Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Sdr. Hilmie Milus serta Exco MBM, Sdr. Osman Johari, yang menetap di Sabah.

Kira-kira 40 orang belia setempat bersama pimpinan MBS hadir memeriahkan program, sambil menikmati jamuan BBQ yang disediakan tuan rumah dalam suasana santai dan penuh mesra.

MBM merakamkan penghargaan kepada MBS, belia-belia Sabah serta tuan rumah yang bersama-sama menjayakan program ini, sekali gus mengeratkan hubungan antara pimpinan belia nasional dan negeri.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »