DALAM TALIAN 22 Dis – Telah selesai ramah mesra dan dialog antara Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Sdr. Aidil dan 16 pimpinan utama Angkatan Belia MFLS seluruh Malaysia. Rata-rata mereka masih muda dan masih belajar di menara gading.
Mereka lahir hasil program Sekolah Kepimpinan Masa Hadapan (MFLS) sehingga le tahap 3 (tier 3) di bawah kendalian i-LEAD. MFLS mengambil inspirasi daripada sekolah kepimpinan muda Jepun.
Pelbagai isu belia dan negara dibincangkan dan paling penting agenda penyaluran kepimpinan berbakat kepada Majlis Belia Malaysia dan majlis-majlis belia negeri. MBM mencadangkan MFLS segera bergabung dengan MBM.
Turut sama Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor.