MAJLIS BELIA MALAYSIA

Rakan Masjid X Rakan Muda: Belia Semarakkan Ramadan

KUALA LUMPUR 22 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersama dalam Majlis Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan.

Majlis peluncuran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Hadir sama ialah YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan dan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Turut bersama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid bersama Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Naim Al Amin serta kepimpinan dan badan gabungan MBM.

Inisiatif ini bertujuan menjadikan masjid sebagai institusi sosial yang lebih inklusif dan progresif dalam usaha memperkasa golongan belia tanpa mengira latar belakang.

Kolaborasi strategik antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperluas peranan masjid sebagai pusat pembangunan komuniti.

MBM bersama sukarelawan belia dibawah Rakan Muda turut membantu menyediakan juadah berbuka puasa, khususnya melalui aktiviti memasak dan membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada para jemaah serta masyarakat yang hadir.

Penglibatan belia daripada pelbagai latar belakang ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukarelawanan, malah mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh perpaduan serta memperkasa peranan belia sebagai agen perubahan demi kesejahteraan ummah dan negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »