MAJLIS BELIA MALAYSIA

Raja Muda Perlis Berangkat Rasmikan Y-HUB MBM, Santuni Belia dan Lagenda Bola Sepak KL

KUALA LUMPUR 14 FEB – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pusat Aktiviti Belia Setempat (Y-HUB) Majlis Belia Malaysia (MBM) di Cheras, semalam.

Pusat tersebut berfungsi sebagai alternatif pusat rekreasi dan ruang interaksi buat anak muda di ibu negara bagi menjalankan aktiviti yang bermanfaat.

Keberangkatan baginda ke Wisma Zelan, Bandar Tun Razak itu turut mencatatkan sejarah apabila menjadi kunjungan sulung seorang pewaris takhta negeri ke Ibu Pejabat MBM.

Program yang bertemakan Kayuhan dan Sesi Tuanku Raja Muda Perlis Bersama Belia itu turut disi dengan sesi interaksi bersama-sama golongan belia yang hadir serta memberikan ruang kepada para peserta bertukar
pandangan secara terbuka.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur untuk meluangkan masa bersama-sama dengan pasukan Liga Super, KL City FC atau lebih dikenali sebagai “The City Boys”.

Dalam sesi tersebut, baginda sempat beramah mesra dengan barisan jurulatih serta para pemain pasukan bola sepak tersebut.

Pada masa yang sama, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra menyaksikan sesi penyampaian sumbangan silaturahim bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina dan Ramadan Karim daripada pihak MBM kepada bekas-bekas pemain pasukan KL pada era 1980-an dan 1990-an sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka dalam arena bola sepak.

Antara bekas pemain KL yang hadir dalam majlis penyampaian tersebut termasuklah Azman Adnan, Tan Siew Seng, Subadron Aziz, Saidin Osman, Nazim Din, Kamarul Zaman Yusof dan Datuk Ramlan Askolani.

Artikel penuh :

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »