MAJLIS BELIA MALAYSIA

PSBSK 2024 kukuhkan semangat sukarelawan di kalangan belia siswa

DENGKIL 7 Disember – Buat julung julang kalinya Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan melalui Rakan Muda-Rakan Prihatin telah menganjurkan Persidangan Sukarelawan Belia Siswa Kebangsaan 2024 bertemakan “Sukarelawan Belia Siswa: Menggerak Arus Kepimpinan 30″ bertempat di Paya Indah Wetland.

Persidangan ini dirasmikan oleh Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Persidangan yang diadakan sempena sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa ini bertujuan memperkukuhkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia siswa, sambil menyediakan peluang untuk berkongsi pengalaman, idea, dan ilmu.

Seramai 137 orang ahli persidangan terdiri daripada kepimpinan belia di bawah gabungan MBM dan mahasiswa institusi pendidikan tinggi awam seluruh negara.

Program ini diuruskan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung  di bawah kendalian Sdr. Firdaus Baharuddin.

Turut sama hadir Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »