Dalam Talian | 18 – 20 Jun – Jawatankuasa Khas Kempimpinan dan Latihan dibawah Majlis Belia Malaysia telah melaksanakan Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS. Program telah berlangsung selama tiga hari melalui aplikasi Zoom.
Hari pertama berlangsung dengan slot teknik penulisan cover letter dan resume berkesan, strategi mohon pekerjaan dan motivasi diri bersama Sdr. Haziq Zakaria. Seterusnya hari kedua slot Digital Entrepreneurship ini disampaikan oleh Sdri Nurul Huda Mohamed Afandi mengenai platform digital yang boleh digunakan untuk perniagaan. Selain itu, cara-cara untuk meningkatkan jualan produk kepada orang ramai turut disampaikan. Melalui slot ini, Peserta juga belajar untuk mengawal selia media sosial mereka dibawah modul Digital Footprint.
Sesi Mock Interview telah dijayakan dengan 10 orang ahli panel daripada pelbagai industri. Dalam sesi ini, peserta juga didedahkan mengenai cara untuk tampil lebih yakin ketika sesi temuduga. Program bersambung dengan Slot Literasi Kewangan dan Hak pekerja telah disampaikan oleh Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM merangkap Pengarah Program PROKENS. Sesi untuk hari terakhir ini menekankan tentang pengurusan kewangan yang seimbangan diantara kemahuan dan keperluan individu.
MBM berharap dengan program yang dianjurkan siri kali ini dapat memberi kefahaman dan penerangan yang baharu untuk persiapan para peserta bagi menempuh alam pekerjaan dalam pelbagai industri yang ingin diceburi.