MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Ziarah Kasih Ramadan dan Majlis Iftar Ukhuwah Madani

BATU KURAU 23 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili Exconya, Sdr. Amar Abd Jalil telah menghadiri Program Ziarah Kasih Ramadan dan Majlis Iftar Ukhuwah Madani yang berlangsung di Kampung Bukit Sungai Akar, Batu Kurau, Perak.

Program anjuran Majlis Belia Negeri Perak ini mendapat kerjasama erat daripada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perak serta Komuniti Madani Pekan Batu Kurau disertai lebih 200 orang penduduk di kawasan sekitar.

Program ini bermula dengan aktiviti Ziarah Kasih Belia Madani menyantuni 10 buah keluarga. Kemudian para penduduk berkumpul di Dewan Arif Batu Kurau bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Imran Irfan, Penolong Pegawai Latihan AKM Negeri Perak.

Majlis diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa dan solat berjemaah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »