KUALA LUMPUR 7 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) turut sama dalam Program Tautan Hati Simpulan Kasih Tahun Baru Cina anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Wilayah Persekutuan, Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Wilayah Persekutuan, Persatuan Belia Buddhist Malaysia dan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Wilayah Persekutuan.
MBM diwakili oleh Setiausaha Agungnya Sdr. Hasnul Haniff Harun. Turut sama Encik Razali, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Presiden MBWP, Sdr. Mohamed Naseer dan Presiden GEPIMA, Sdr. Ibrahim Mohamed.
Program ini juga mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Yayasan Food Bank Malaysia, Pergerakan Belia India Muslim (GEPIMA) dan Pertubuhan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kawasan Kepong. Sebanyak 50 pek bantuan asas makanan telah diagihkan kepada keluarga dalam komuniti masyarakat Cina di sekitar Kepong dan Selayang.