BATU GAJAH 24 Nov – Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO) telah menganjurkan program Sekolah Sukarelawan MYVOC (Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia) yang disertai seramai 50 orang sukarelawan belia bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah.
Program 2 hari 1 malam ini berbentuk bengkel asas memberi pendedahan dan ilmu kepada belia sebagai nilai tambah kemahiran diri dan persiapan sebelum turun ke lapangan dalam misi-misi bantuan bencana.
Program ini diuruskendalikan oleh HYO dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan melalui segmen Rakan Prihatin di bawah Rakan Muda.
6 fokus bengkel dalam Sekolah Sukarelawan MYVOC dilaksanakan merangkumi :
1. Tatacara Pengurusan Bencana
2. Asas Pertolongan Cemas
3. Asas Pengendalian Radio Amatur
4. Asas Sokongan Orang Kurang Upaya
5. Asas Bantuan Psikologi
6. Water, Sanitation & Hygiene (WASH)
Presiden HYO, Sdr. Ananthan Subramaniam dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada MBM dan KBS atas peluang yang diberikan dalam mendedahkan sukarelawan belia dengan ilmu bantuan bencana.
Hadir sama Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi dan Sdr. Kishore Kumar.
Tahniah HYO!