BACHOK 18 September – Institut Masa Depan (MASA) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Kelantan (MBK) telah mengelolakan siri ke-2 Program Pemacu Negara Bootcamp yang telah berlangsung selama 2 hari bertujuan untuk mendedahkan pelan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030).
Program dilancarkan bersama CEO Institut MASA, Encik Nizam Mahshar yang turut dihadiri Sdr. Hafizul Nizam Abdullah, Presiden MBK, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM.
Pelaksanaan program ini adalah untuk memacu ejen-ejen perubahan ke arah menggapai visi utama iaitu WKB2020 yang dihadiri para peserta dari pimpinan utama pelbagai persatuan dan pertubuhan belia di Kelantan. Para peserta didedahkan dengan pemahaman asas ekonomi dan kewarganegaraan di Malaysia serta diajak untuk turut memberikan pandangan dari pelbagai aspek khususnya berkenaan jurang pendapatan yang sangat lebar antara penduduk dan kaum di Malaysia.
Program ini bergerak mencapai tujuan apabila semua peserta sepakat untuk menjadi bahagian dari ejen perubahan dan bersedia berkongsi matlamat WKBW2030 dengan masyarakat di Pantai Timur secara khususnya dan seluruh Malaysia pada amnya. Semoga program PNB WKB2030 ini dapat membuahkan kerjasama antara pertubuhan belia bagi merealisasikan dasar kerajaan seterusnya “Shared Prosperity Vision 2030”.