MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Pasca Banjir Sukarelawan KBS/MBM – 1m4u Siri 2 / 2013 JBSN Terengganu

KEMAMAN, 19 DISEMBER 2013 – Jabatan Belia Dan Sukan Negeri (JBSN) Terengganu dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) Kemaman Telah Melaksanakan Program Pasca Banjir Sukarelawan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) / Majlis Belia Malaysia (MBM) – IM4U Siri 2 / 2013 bermula pada 16 Hingga 17 Disember 2013 melibatkan seramai 115 orang sukarelawan terdiri daripada Belia – Beliawanis dari Daerah di seluruh negeri Terengganu.

Persatuan Belia Waja Watan Negeri Terengganu Dan Pelajar Kolej Inforana Kuala Terengganu selain dari penglibatan Sukarelawan KBS 1M4U, Program Gotong – Royong Kumpulan ini turut disertai seramai 100  Belia Dan Beliawanis dari Majlis Belia Daerah Setiu dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari sekolah terlibat.

Program ini sebagai kesinambungan dari siri pertama tetapi penglibatan mereka kali ini lebih tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan secara bergotong royong membersihkan kawasan awam termasuk sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elit Mak Laggam ( TESMAL ) pada hari pertama dan Masjid Kampung.Paya Berenjut serta  SMK Chukai pada hari kedua.

Program ini turut disertai  Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh  dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Engku Mohd Azmi Engku Mohd Basri.. Peagawi –pegawai lain yang turut serta di dalam program ini  Engku Azman  Sayed Mohd, yang mewakili Pengarah JBSN Terengganu. Datuk Jamil kemudian  menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan seharian kepada mangsa banjir di Masjid Kampung.Paya Berenjut selepas bersama-saam sukarelawan ini memberishkan kawasan rumah ibadat yang turut ditenggelami banjir lalu.

Datuk Jamil turut memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih KBS kepada semua sukarelawan dan berharap supaya sentiasa bersemangat dan menanamkan sikap kesukerelaan dalam diri masing – masing supaya pada masa akan datang masih berupaya memberi bantuan dan sumbangan tenaga dalam melaksanakan kerja – kerja kesukarelaan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »