MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Outreach Sejati Madani X Belia Perkasa Peranan Persatuan Belia

SEBERANG JAYA 8 Feb – Program Outreach Sejati MADANI x Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berjaya dilaksanakan bertempat di Hotel Sunway, Pulau Pinang menghimpunkan lebih 200 orang peserta belia dari seluruh negara.

Program selama dua hari ini melibatkan penyertaan daripada badan-badan gabungan MBM serta wakil pelbagai pertubuhan dan NGO belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), merangkumi kepimpinan dan penggerak belia peringkat akar umbi.

Penganjuran program ini bertujuan memberi penerangan serta pendedahan menyeluruh mengenai inisiatif Sejati MADANI, iaitu salah satu tawaran utama di bawah Kerajaan MADANI yang memfokuskan usaha merancakkan aktiviti ekonomi komuniti, termasuk penglibatan aktif persatuan belia sebagai pemacu pembangunan setempat. Melalui inisiatif ini, persatuan belia yang layak berpeluang memohon dana sehingga RM100,000.00 bagi melaksanakan projek berimpak kepada komuniti.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammad Taufiq Johari, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil-wakil persatuan belia yang hadir.

Majlis Belia Malaysia pula memainkan peranan penting melalui sesi pengenalan dan pembentangan hala tuju MBM yang disampaikan oleh Ketua Penerangan MBM, bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap peranan gerakan belia dalam ekosistem pembangunan negara.

Melalui sesi taklimat dan perkongsian yang diadakan, para peserta didedahkan kepada konsep, kriteria kelayakan serta kaedah pelaksanaan Sejati MADANI, sekali gus menggalakkan penglibatan aktif belia sebagai rakan strategik kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan ekonomi komuniti.

Penganjuran program ini diharap dapat terus memperkukuh peranan persatuan belia sebagai ejen perubahan dan rakan strategik kerajaan dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI yang inklusif, progresif dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »