MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Kopitiam Belia dan Webinar Negaraku Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-64

DALAM TALIAN 30 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri (MBN) telah berjaya melaksanakan Program Pengkisahan Sejarah melalui pengisian Program Kopitiam Belia Webinar Negaraku Malaysia.

Pengisian bermanfaat melalui kerjasama MBN dalam menyiarkan sejarah negeri masing-masing di samping ucapan yang disampaikan oleh Presiden MBN dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri.

Program ini turut menawarkan sejumlah hadiah kepada para penonton melalui pertandingan kuiz dari tayangan setiap video sejarah negeri dan penonton bertuah.

Program ini telah dilaksanakan dua hari yang mana 30 Ogos 2021 bersempena ambang merdeka yang dimulakan dengan tayangan video pengkisahan, ucapan aluan Sdr. Lim Swee Bok, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan, amanat Presiden MBM, YBhg. Jufitri Joha dan tayangan video detik Kemerdekaan Kali Ke 64.

Program kemuncak selama 2 hari ni diakhiri dengan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program melalui penjenamaan Kopitiam Belia yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Tuan Abd. Halim Hassan. Beliau menekankan bahawa pentingnya nilai perpaduan yang mana tanpa mengira kaum, agama dan bangsa dalam bersama-sama memerangi pandemik terutama kesannya kepada masyarakat.

Turut diadakan Webinar Belia dan Kemerdekaan Negara yang menampilkan Panel Sdr. Ng Ming Yip, Penasihat Sektetariat Rukun Negara Unisel dan Sdri. Kavitha Mahendran, Penolong Setiausaha Agung MBM manakala moderator oleh Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, merangkap Exco MBM dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan.

Jangan ketinggalan untuk terus ikuti program di bawah jenama Kopitiam Belia yang akan terus berjalan hingga 16 September 2021 bersempena bulan kebangsaan. Pelbagai hadiah menarik menanti anda. Teruskan bersama kami.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »