Selangor 20 Nov – Sempena hari kanak-kanak sedunia, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Program Komuniti Belia Prihatin Children’s Smile pada 19 November 2016 di rumah anak-anak yatim Al-Taqwa, Puchong untuk meraikan anak-anak yatim dirumah tersebut.
Pelbagai aktiviti diadakan bersama kanak-kanak dirumah anak yatim tersebut antaranya senamrobik, tresure hunt, pertandingan mewarna dan sedikit jamuan. Program tersebut dihadiri oleh Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Majlis Belia Malaysia, Puan Asfalinda Anuar dan Timbalan Pengerusi Sdri. Nor Zakiah Azmi.
Program Komuniti Belia Prihatin Children’s Smile turut mengadakan ziarah hospital yang menjadikan wad Kanak-kanak Hospital Serdang sebagai tempat malaksanakan tanggungjawab sosial oleh 200 sukarelawan yang dikendalikan oleh Grup Ziarah Hospital ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA) di bawah komuniti kaunseling MYVOC, mereka menjalankan aktiviti mewarna, demonstrasi kebersihan, story telling dan musical dance.
Sukarelawan yang hadir terdiri daripada Fakulti Undang-Undang UKM, UPM dan CUCMS CYBERJAYA.