KUALA LUMPUR 8 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Program Keluarga Malaysia Siaga Bencana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021.
Program ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, ia berikutan situasi dan risiko ‘bencana dalam bencana’ terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir ini.
Kesiapsiagaan bencana adalah satu proses berterusan yang sentiasa dikemas kini agar mutakhir serta inklusif, supaya dapat melahirkan komuniti berdaya tahan bertepatan dengan seruan Maqasid Syariah untuk pemeliharaan akal, nyawa dan harta pada setiap masa.
“Dalam mendepani pandemik COVID-19, kita dapat lihat Keluarga Malaysia tidak henti menyokong usaha kerajaan memerangi wabak itu termasuk menerusi kerjasama komuniti dengan pelbagai agensi kerajaan,” katanya.
MBM diwakili Exconya Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi merangkap Ketua Relawan MBM.
Untuk rekod, MBM mempunyai hubungan baik dengan NADMA iaitu agensi yang menguruskan misi bantuan bencana negara.