MAJLIS BELIA MALAYSIA

PROGRAM JELAJAH APA KHABAR BELIA.

Pulau Pinang & Perak | 6 – 8 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Sdr. Hasnul Hanif Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Faiz Shuhaimi serta Sdr. Hasanul Amir , Exco MBM telah bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan (KBSMalaysia) mengadakan jelajah Apa Khabar Belia. Turut sama, wakil Majlis Belia Negeri (MBN) dan Majlis Belia Negeri (MBN).

Antara pengisian program sepanjang tiga hari ini ialah, mobilisasi bantuan belia bersama MBN Pulau Pinang di Jawi. Turut diadakan sesi Ramah Mesra Apa Khabar Belia bersama wakil MBN dan MBD Pulau PinangSesi Penyerahan Peralatan Sukan kepada MBD terpilih di Pulau Pinang bersama MBN Pulau Pinang dan turut didihadiri bersama dengan YBhg. Dato’ Ahmad Bin Darus, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan.Selain itu, Perasmian Projek Naik Taraf Padang Hoki Kompleks Sukan MBSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang dan Yang Di Pertua Majlis Bandaraya Seberang Prai.

Sesi Ramah Mesra bersama wakil MBD dan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang bersama YBhg. Dato’ Ahmad Bin Darus, Setiausaha Politik, KBS.

Program Jelajah Apa Khabar Belia KBS-MBM di Negeri Perak. Kampung Ketior, Kuala Kangsar telah dipilih sebagai lokasi program. Ia bermula dengan aktiviti gotong-royong di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan Masjid Kampung Ketior, disusuli kepakaran anak muda membancuh simen, serta penyampaian sumbangan kepada penduduk setempat.

Turut hadir bersama YB Zuraimi, Adun Manong. Ucapan terima kasih juga kepada Encik Muhamad Shaliq, pegawai khas Pejabat Parlimen Kuala Kangsar. Syabas kepada pimpinan Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar dan Team GAMUDA atas kerjasama semua. Hadir sama, Sdr. Ahmad Shah, Exco MBM.

Sesi Ramah Mesra Belia bersama MBD Muallim, Tanjung Malim.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »