KUALA LUMPUR 15 April – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun petang tadi telah turun ke lapangan bagi menyantuni komuniti terpinggir dalam Program Huluran Ramadhan 1444H/2023 di Surau Al-Hijrah, Chow Kit.
Antara aktiviti yang diadakan ialah edaran bubur lambuk, freemarket baju raya, agihan kuih raya dan gunting rambut percuma.
Program ini dianjurkan oleh MASAC – Malaysian Substance Abuse Council, PUAKPayong, Projek Belia Mahir, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, MBM, Majlis Belia FELDA Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab.
Inisiatif program bertujuan berkongsi keceriaan bersama golongan ini dalam menyambut lebaran tidak lama lagi.
Hadir sama Ketua Projek Belia Mahir, Sdr. Mohamad Rizan Hasan dan Pengasas Puak Payong, Sdr. Syed Azmi.