BATU PAHAT 28 Mei – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Program Hari Sukarelawan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.
Beliau diundang menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman dalam kerja-kerja kesukarelaan di hadapan pelajar-pelajar dan guru.
Hadir sama Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (bekas Presiden MBM) yang turut menyampaikan ucaptama.
MBM sentiasa mendekati kelompok ini sebagai usaha melatih pelapis kepimpinan belia mahupun negara.









