SUNGAI BULOH 27 Julai – Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) memenuhi jemputan Presiden MBM ke Majlis Penutup Program Going Native #BeAsli bersama bekas peserta Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) 2018 dan penduduk Kampung Orang Asli Sungai Buloh, Selangor.
Turut hadir Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan Encik Khairul Anuar, Timbalan Presiden Alumni Kapal Belia (Kabesa). Tahniah diucapkan kepada pengarah program dan koordinator dari Kementerian Belia dan Sukan. Puan Hanim, Pengerusi Kampung Orang Asli Sungai Buloh menyatakan dalam ucapannya beliau mahu lebih ramai belia orang asli mempunyai akses kepada pendidikan dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Beliau menyatakan permohonan Majlis Belia Orang Asli di bawah MBM ditubuhkan di kampung berkenaan juga.