MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Dialog Dan Bengkel Pembudayaan Integriti Dari Perspektif Pelbagai Agama Di Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Khas Perpaduan dan Integrasi Nasional bersama Institut Integriti Malaysia akan menganjurkan Program Dialog dan Bengkel Pembudayaan Integriti dari Perspektif Pelbagai Agama di Malaysia.

Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan nilai-nilai integriti dalam kehidupan seharian selaras dengan ajaran agama, meningkatkan persefahaman, kerjasama dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama serta mengumpul cadangan untuk memantapkan pelan tindakan pemupukan integriti berlandaskan nilai-nilai agama dalam kalangan penganut pelbagai agama di Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sdr. Thai Ming Yeow, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM di talian (016) 281 8635.

 

poster-2

Microsoft Word - Aturcara (1)

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »