MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program 1Voluntourism bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR 8 Dis.2013 – Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang kini memperluaskan peranannya apabila buat pertama kali terbabit menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri Pantai Timur.

Pengarahnya, Idros Yahya memberitahu, inisiatif itu dilaksanakan melalui konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan di bawah program 1Voluntourism.

Jelas beliau, di bawah program tersebut, pihaknya akan bergabung dengan pelbagai agensi dan pertubuhan untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Di samping itu, katanya, bantuan kepada mangsa-mangsa banjir itu turut mendapat kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM).

Antara bantuan yang dihulurkan ialah barangan makanan seperti beras, gula, makanan dalam tin dan susu, selain pakaian, selimut serta lampin bayi.

“Bantuan ini kita salurkan bukan sahaja di kawasan terbabit banjir seperti di Pahang, malah meliputi Kemaman, Terengganu.

“Barangan ini adalah sumbangan daripada pihak-pihak yang sentiasa berurusan dan mempunyai hubungan dengan pihak kami seperti kelab pacuan empat roda, penyelam, pengendali resort, agensi pelancongan dan banyak lagi,” katanya di sini.

Selain bantuan tersebut, pihaknya dan MBM turut menghantar para sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan seperti perpindahan dan sebagainya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »