KOTA KINABALU 3 Feb – Telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-26 Majlis Belia Sabah di Hotel Sutera Pan Pacific.

Majlis perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Pada majlis tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menerima Pingat Gagah Belia (PGB) selain beberapa pemimpin dan mantan kepimpinan Majlis Belia Sabah yang lain.

Majlis apresiasi ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pemimpin dan mantan pimpinan belia yang telah banyak memberi sumbangan dan komitmen pembangunan generasi belia di Sabah.

Hadir sama YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah; Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah; Datuk Andi Suryady, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah; Sdr. Abqaree Fawwaz Bin Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah; pimpinan dan gabungan Majlis Belia Sabah.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan Majlis Belia Sabah atas penganjuran majlis yang gemilang ini.

Sabah terus maju!

Leave a Reply

Translate »