MAJLIS BELIA MALAYSIA

Presiden MBM Sertai Mesyuarat Bersama MBOKU

Dalam Talian | 18 Februari – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Penasihat Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU) telah menyertai dan memerhati mesyuarat bersama MBOKU dibawah pimpinan saudara Faiz Shuhaimi yang juga merupakan Exco MBM bersama Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta pimpinan Tuan Wong Yoon Loong.

Mesyuarat berbincang menegenai kerjasama mengarusperdanakan hak OKU melalui “Asean Enabling Masterplan 2025” dan pendidikan pengundi dan Undi 18 dalam kalangan OKU khususnya dalam kalangan belia OKU.

Mesyuarat bersetuju untuk menghasilkan bersama modul pendidikan politik dan demokrasi untuk mendidik OKU.”Mereka bukan hanya perlu simpati tetapi peluang dan ruang yang sama”.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »