KUALA LUMPUR 1 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) menyantuni pimpinan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat yang dipimpin oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz.
Kehadiran dan semangat luar biasa ini menggambarkan kekuatan pergerakan belia akar umbi yang masih utuh di sebalik kesusahan yang sedang dialami oleh pergerakan belia seluruh Negara.
Pergerakan belia akan terus kuat jika disandarkan kepada kekuatan idealisme dan bukan kekuatan kewangan semata-mata.