SEREMBAN 12 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir meraikan kelompok pertama Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson (APBM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia bertempat di Hotel Palm Seremban.
Sijil tauliah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Puan Azura Abidin.
Majlis julung kali diadakan ini merupakan penghargaan kepada Pekerja Belia (individu yang membangunkan belia) di Malaysia termasuklah pegawai-pegawai kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan swasta yang menunjukkan dedikasi dan komitmen luar biasa dalam dunia pekerjaan dan kesukarelawanan mereka dalam menyerlahkan potensi belia.
Dalam majlis ini juga dua orang kepimpinan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM dan Dr. Mohd Fauzi Fadhil, Exco MBM turut menerima sijil pentauliahan.
Profesionalisme Kerja Belia telah diperkenalkan sejak 2022 dan sehingga kini seramai 103 pekerja belia telah berjaya diakreditasi melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap pencapaian manakala 285 calon baharu masih dalam proses penilaian.
Hadir sama dalam majlis ini, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
Tahniah kepada semua penerima, ini merupakan penghargaan besar kepada Pekerja Belia di Malaysia!