KUALA LUMPUR 4 Februari – Hari ini Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi telah hadir ke konti IKIM Fm bagi memberikan kupasan isu semasa belia dan hala tuju pergerakan belia Malaysia di dalam slot analisis pagi yang dihoskan oleh DJ Tyzo dan DJ Muhsin.
Banyak perkara yang dikupas terutama sekali berkenaan pelan MBM bagi tahun kalendar 2025.
Bagi yang terlepas untuk mendengar dan menonton, boleh ke Facebook IKIM FM untuk mengulang tayang segmen analisis pagi bersama Presiden MBM.