KUALA LUMPUR 12 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir berkongsi pengalaman dan aspirasi di hadapan lebih 650 orang peserta daripada sektor awam, penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Bitara INTAN Bicarawara Pemimpin Muda bertempat di Bukit Kiara.
Dengan tema “Teroka Impian, Realisasi Kejayaan”, program ini dirasmikan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Program anjuran Pusat Pembangunan Kejurulatihan dan Pengajian Lanjutan INTAN turut menampilkan ikon-ikon belia iaitu Encik Danial Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Strategy and Leadership Institute; Dr. Muhammad Shazril Shaharuddin (Dr. Say), pempengaruh terkenal dan Encik Muhammad Syairul Islam Basmullah, pengacara terkemuka.
Bicarawara Pemimpin Muda berfungsi sebagai platform strategik perkongsian ilmu dan inspirasi antara pemimpin muda, ahli industri, dan golongan belia dengan tujuan memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasakan modal insan belia. “Anak muda perlu percaya kepada kebolehan dan potensi diri sendiri, in sha Allah kejayaan boleh hadir walau di usia muda”.