AYER KEROH 14 Mei – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid telah menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) kali ke-39 & Jamuan Aidilfitri 2022 bertempat di Amverton Heritage Resort.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Shanmugam Shan, Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Melaka.

Tahniah YB Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden dan kepimpinan MGBM di semua peringkat. Semoga MGBM terus cemerlang membangun belia Melaka dan negara seluruhnya.

Hadir sama Haji Sha’ari Samsudin; Pengarah Bahagian Khidmat Musa’adah Dan Pembangunan Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka, Encik Hafiz; Timbalan Pengarah JBSN Melaka dan Sdr. Anuar Zaini, Timbalan Presiden MGBM dan Sdr. Muhamad Iqmal Mahadi, Exco MBM.

Leave a Reply

Translate »