KUALA LUMPUR 30 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) memenuhi undangan iftar anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby.
Iftar ini bertemakan perpaduan di mana rakan-rakan agama lain juga turut dijemput merasai suasana iftar dan diberikan kefahaman tentang bulan Ramadhan dan ibadah puasa.
Iftar ini melabuh tirai dengan ucapan oleh Ketua Pemuda DPPM Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin.