PUTRAJAYA 13 Sep – “Kembalikan rasa malu untuk mengambil dan memberi rasuah, dan hentikan mengagungkan kekayaan sebagai lambang kebahagiaan, sudah pasti rasuah dapat dikurangkan”, ujar Mohd Izzat Afifi, Presiden MBM.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Forum Polemik Rasuah Masa Depan anjuran Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bertempat di PICC Putrajaya.
Forum ini diadakan sempena Seminar Peranan Penjawat Awam Belia Dalam Memutuskan Rantaian Rasuah sebagai platform kepada masyarakat khususnya penjawat awam belia bagi meningkatkan ilmu dan kesedaran berkaitan isu jenayah rasuah.