Pulau Pinang, 16 Februari 2013 – Pemimpin hari ini harus sedia untuk bersemuka dengan golongan muda, selain menggunakan media sosial interaktif. Pertemuan yang kerap dengan golongan ini dapat membuka ruang kepada mereka memberikan pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.
Ini terbukti apabila Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee bersedia turun padang memberi banyak masanya untuk mendampingi golongan pada jam 2 pagi selepas program MidNite Run: Food for Homeless di Pulau Pinang anjuran Jawatankuasa Pembangunan Manusia, gejala Sosial dan Dadah MBM dengan kerjasama Rakam Muda KBS, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Nibong Tebal, Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) Kebangsaan dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kebangsaan.
Hubungan rapat yang terjalin antara Maliki dengan golongan muda membuka ruang kepada golongan terbabit menyuarakan pandangan terus kepada beliau sama ada melalui pertemuan, forum dan interaksi melalui media sosial.
Hakikatnya, dunia belia hari ini adalah berbeza dengan dunia belia tiga dekad yang lalu. Maliki melihat generasi baru yang dilahirkan selepas 1980 adalah berbeza dengan generasi sebelumnya. Bentuk komunikasi dengan golongan yang dikenali sebagai ‘Generasi Y’ ini sudah banyak berubah.
Untuk itu, Maliki menyeru kepada pemimpin-pemimpin belia agar dapat membuka minda dan terus mendekati belia di peringkat akar umbi agar denyutan nadi mereka dapat didengari dan suara hati mereka di sampaikan ke peringkat kepimpinan tertinggi negara.
Pertemuan yang berlangsung di Sup Hameed Restaurat di Penang Road turut di hadiri oleh pemimpin belia seperti Sdr. Mahendren (Bendahari Kehormat MBM), Sdr. Manndzri Mohd Nasib (Naib Presiden MBM), Sdr. Hasnul Hanif Haron (Exco MBM), Sdr. Aizat Roslan (Exco MBM), Sdr. Mohd Faisal Abu Bakar (Exco MBM), Sdr. Abu Qassim (Exco MBM), Sdr. Tharman (Naib Presiden MBN P.Pinang) dan Sdr. Hazrul Hafizi Halim (Ikon Belia Bumiputera P.Pinang 2012)
Untuk melihat lebih banyak gambar sila layari: www.facebook.com/youthcharacter