DALAM TALIAN 21 Sep – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah berinteraksi secara maya bersama pelatih muda perintah khidmat masyarakat berbincang tentang soal peranan belia, jati diri dan perpaduan.
Sesi ini adalah jemputan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bertemakan “Habungan Etnik : Sumbangan Masyarakat untuk Negara dalam Kehidupan Pelbagai Bangsa”.
Kelompok pelatih muda ini merupakan belia berisiko yang harus dibimbing dan diberikan peluang kedua. Pemimpin belia harus terus mendampingi kelompok ini kerana belia berisiko merupakan salah satu kumpulan sasar belia yang digariskan oleh Dasar Belia Malaysia (DBM).