PUTRAJAYA 25 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha antara lima ahli baharu Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dilantik bertujuan membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.
Pelantikan ini diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri semasa mempengerusikan mesyuarat kali ke-3 NACCOL di Putrajaya hari ini.
Pelantikan ini juga merupakan pengiktirafan, kepercayaan dan amanah besar kepada pergerakan belia dalam memastikan rakyat khususnya generasi muda tidak terbeban dengan kos sara hidup.
Selain beliau, turut dilantik ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, Peguam Negara Tommy Thomas, Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Surina Shukri.
Berita penuh:
https://www.nst.com.my/…/govt-appoints-new-naccol-members-a…