KUALA LUMPUR 19 Ogos – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir meraikan dan memberi sokongan terhadap pembangunan sukan bolasepak wanita dalam Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Women’s Super League yang disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Penaung KLWSL bertempat di Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak.
Sebanyak 10 pasukan bersaing dalam kejohanan ini yang bermula pada 18 Ogos hingga 15 Oktober 2023.
MBM diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Hasnul Haniff Harun. MBM terlibat sebagai salah sebuah rakan strategik kepada program ini.
Turut hadir Exco MBM, Sdri. Asya Rahman dan Ahli Dewan Tertinggi MBM merangkap Presiden MAYC Kebangsaan, Sdr. Al-Hafizi Hj Abu Bakar.