MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pendedahan Tentang Kepimpinan Negara Bersama Pemimpin Pelajar

Putrajaya | 17 April – Seramai 84 peserta Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR) 2025 menghadiri sesi perkongsian khas di Pejabat Perdana Menteri bersama Encik Muhammad Raimi Ab Rahim, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YAB Perdana Menteri.

Sesi ini turut merangkumi segmen soal jawab bersama peserta dan turut hadir, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Saudara Farhan Rosli.

PKTR merupakan program tahunan yang menghimpunkan pelajar terbaik SPM dan pemimpin pelajar dari seluruh negara melalui proses pemilihan temuduga. Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, ia kekal sebagai platform pembangunan kepimpinan belia berprestij di Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »