MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERTEMUAN SUSULAN MBM BERSAMA PENGERUSI KARANGKRAF

SHAH ALAM 20 Feb – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan susulan bersama Datuk Husamuddin Yaacub, Pengerusi Karangkraf di sini.

Antara isu yang dibincangkan seperti perpaduan, situasi politik negara, kesinambungan Wacana Cakaplah Sinar, Tabung pembangunan Belia ‘financial freedom’ dan Bicara Anak Raja.

Secara kesimpulannya, pihak Sinar akan menyokong program-program MBM dengan matlamat mengketengahkan ‘orang muda’ dan melahirkan pemimpin muda yang berkredibiliti dan mempunyai nilai moral tinggi. Pertemuan ini diketuai Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Setiausaha Agung MBM Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »