MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan SUA MBM bersama SUA SABERKAS

Sarawak | 28 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Setiausaha Agungnya; Sdr. Ahmad Farhan Rosli telah mengadakan pertemuan bersama YB Haji Safiee Ahmad ; Setiausaha Agung Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dipejabatnya.

Pertemuan tersebbut bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan kerjasama strategi antara MBM dan SABERKAS dalam memajukan agenda belia di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Adzim Rahman ; Exco MBM dan Iszuan Haroni; Setiausaha Eksekutif SABERKAS.

Melalui pertemuan ini, MBM dan SABERKAS bertekad untuk bekerjasama dalam memastikan suara dan keperluan belia Sarawak didengari serta memenuhi agenda Muafakat Belia Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »