MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERTEMUAN PENGURUSAN MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) BERSAMA KETUA PENGARAH, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA

PUTRAJAYA 13 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia; Datuk Hatipah Ibrahim di Menara KBS di sini.

Perbincangan ini menjurus kepada dana bantuan pentadbiran kepada pertubuhan belia dan perkembangan semasa pergerakan belia di semua peringkat. MBM juga turut memberi penerangan mengenai perancangan MBM dan program-program terdekat.

Turut hadir Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial JBSN, Encik Mohd Hazan Dahari, Pengarah Kepimpinan Sahsiah JBSN, Encik Zurihanmi Zakariya,Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM, Sdr. Mohamad Nazri Latiff dan Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »