MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM-KKM bincang masalah belia merokok dan vape

KUALA LUMPUR 20 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun bagi membincangkan masalah belia merokok dan vape melalui Kempen Generation End Game bertempat di Wisma MBM.

KKM berhasrat mengadakan kerjasama dengan MBM dan badan gabungannya dalam memberi pendedahan tentang keburukan rokok dan vape terhadap tahap kesihatan diri.

Dr. Noraryana Hassan daripada Bahagian Kawalan Penyakit KKM menyatakan kebimbangan KKM terhadap budaya vape yang tidak sihat dalam kalangan belia Malaysia, ditambah pula akses untuk mereka mendapatkan bahan perasa vape yang amat mudah didapati di premis-premis serbaneka dan di restoran mamak.

MBM menyatakan kesediaan dalam jalinan kerjasama ini dengan sokongan beberapa agensi yang terlibat. Hadir sama adalah kumpulan Peguam Muda yang diketuai Sdr. Khairul Azwan Shafee daripada Tetuan Asiah & Hisam bagi memberi pandangan dari aspek perundangan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »